Pages

Friday, 11 March 2011

mama's wish

"mama nak KakLong sambung menulis.."

huish, aku pon tak paham maksud mama. Hebatkah aku dalam bab tulis menulis? oleh sebab tu la aku cube-cube berjinak dalam dunia memblogging neh. Bukan senang jugak aku nak bermula dan mengembangkan diri menaip keyboard lappy neh. Zaman aku dulu-dulu tulis karangan dekat kertas buku latihan bergaris-garis. Oh tua sudah ke aku? Bukan komputer tak wujud, tapi aku neh lebih gemarkan cara klasik, lebih mencurah ideanya.

Untungnya cara klasik, mama ada lagi simpan karangan pertama aku masa zaman sekolah rendah. Bagus sangat kata mama. Ada bakat. Zaman sekolah menengah pulak, aku selalu kena tolong kawan-kawan tulis surat cinta, jadi berkembang lah lagi bakat aku. HA HA. Bila aku masuk asrama pulak, aktiviti harian aku pulak, menulis surat kepada kawan-kawan yang jauh di mata. Aku memang membesar dengan penulisan aku sendiri. ( Oh aku rindu zaman itu )

Tapi, selepas sekolah, aku beralih arah pada sesuatu yang aku anggap realiti, bukan lagi fantasi iaitu kenyataan hidup bahawa aku perlu menggunakan tulang empat kerat aku mencari rezeki. Jadi bukan lagi mengadap sesuatu yang aku anggap khayalan. Menulis memang melalaikan aku.
( mengadap kertas, menggigit pen sambil mencari idea ).

Kesimpulannya, setelah aku mempunyai pendapatan tetap, berkeluarga, baru aku berkesempatan nak berjinak-jinak kembali dunia menulis. Tapi bukan lagi secara klasik.

Oh mama.

Sekian.
 

Copyright © Aku Perempuan Itu. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert